Make your own free website on Tripod.com

Diari Perantau

 

 

 

 

 

 

 

24/4/2002

1.03 a.m.

 

assalamualaikum wbt

 Aduss...nampaknya aku ada masalah sket hari ni... besar jugak sebenarnya masalah nih...

Semalam aku dapat email dr orang yg tak dikenali...rupa-rupanya email virus, dan virus tu akan menghantar email secara automatik ke alamat2 email yang ada dlm address book pc aku... kalau antar email pasal geografi takpela... yg jadik masalahnya virus tu pegi antar gambar2 yang tak sepatutnya dilihat samada oleh kanak-kanak di bawah umur mahupun orang dewasa yang dah cukup umur... aduiiii...camna aku nak buat nih??? camana aku nak terangkan kat kawan2 aku, adik aku, abang aku, kakak aku, pakcik aku dllllll....arghhh tensionnnn... Sapala yang suka sangat buat kerja2 macam ni? Kalau dapat aku luku2 kepala tu sampai terbelah dua ...baru padan muka

Lama gak aku pikir camna nak solve masalah tu...itu yang lambat start menulis malam ni... last2 aku biar je dulu... tgk camana keadaannya.

Okla...biar aku sambung cerita aku...

Walaupun bapak aku tu garang ngan aku, tapi aku tak pernah nafikan yang dia sayang kat aku. Cuma aku rasa dia kekok untuk tunjukkan kasih sayang nya tu. Sebabnya?? Mengikut cerita kakak aku, yang  katanya cerita tu dari mak aku, bapak aku time dia kecik2 dulu hidupnya sangat susah... Dia memang tak dapat kasih-sayang yang cukup daripada datuk dan nenekku, sebab itulah dia macam kasar sikit dengan anak2...

Datuk dan nenek sebelah bapakku bercerai waktu bapak aku still kat Sekolah Melayu (sekolah rendah)...Selepas bercerai, keluarga bapak ku berpecah dua, sebelah memihak kepada datukku dan sebelah lagi memihak kepada nenekku... Maka mereka ni memang bergaduh betul2... kira putus saudara la...memang time tu keadaan msykt melayu  kat kampung tu teruk...yela, zaman omputeh kira2 tahun 1940-an dulu...

Lepas bercerai, kedua2 datukku dan nenekku kahwin lain... Dan anak2 yang memihak sebelah datukku tinggal dengan datukku dan anak2 yang memihak sebelah nenekku tinggal dengan nenekku...dan ditakdirkan bapak aku ni memihak sebelah nenek aku, yela sebab time kecik2 mesti la rapat ngan mak kan... so bapak aku patutnya tinggal dengan nenek aku. Tapi memandangkan nenek aku dah ada keluarga 'lain' dan diorang pun hidup susah, akhirnya bapak aku diserahkan kat seorang sedara nenek aku...

Yang jaga bapak aku ni kira lebih kurang pakcik dia lah kiranya... yang sedihnya, pakcik tu sebenarnya seorang yang kurang normal akalnya... lurus2 bendul sket...ataupun dalam ayat yang senang boleh kata orang gila aaa... cuma gila dia tu taklah kacau/membahayakan orang... Macamana tergamaknya diserahkan bapak aku kat orang kurang siuman yang hidup sebatang kara tu aku tak tahu la...broken link...tapi itulah sikit sebanyak latarbelakang hidup bapak aku yg justify kenapa dia tak reti sangat tunjukkan kasih sayang dia kat anak-anak...Zaman kanak-kanak nya memang susah...dia kena kerja untuk makan dan pergi sekolah... tak ada mak, tak ada abang, tak ada kakak, yang ada cuma seorang pakcik yang kurang siuman...

Aku pun tak tahu berapa lama bapak aku tinggal dengan pakcik tu... Yang aku tahu lepas habis Sekolah melayu bapak aku mintak jadi cikgu dan Alhamdulillah bapak aku kekal sebagai seorang guru hinggalah dia bersara pada tahun 1991

Kesan daripada sejarah pahit bapak aku tu, kitorang adik-beradik tak kenal datuk kami hinggalah selepas nenek meninggal... Lepas tu bapak baru bawak kami jumpa datuk dan jumpa adik-beradiknya yang lain... Itupun diorang tak semesra cam keluarga lain... Datuk aku baru meninggal 3 tahun lepas, Alhamdulillah bapak aku sempat baik semula dengan datukku sebelum datukku meninggal...

 

 

 

 

        Contact Me:    My Email     My Guestbook                                                                     23/4/2002 << Kisah Sebelum