assalamualaikum wbt
Aduss...nampaknya aku ada masalah sket hari ni...
besar jugak sebenarnya masalah nih...
Semalam aku dapat email dr orang yg tak dikenali...rupa-rupanya
email virus, dan virus tu akan menghantar email secara automatik ke
alamat2 email yang ada dlm address book pc aku... kalau antar email
pasal geografi takpela... yg jadik masalahnya virus tu pegi antar
gambar2 yang tak sepatutnya dilihat samada oleh kanak-kanak di bawah
umur mahupun orang dewasa yang dah cukup umur... aduiiii...camna aku nak
buat nih??? camana aku nak terangkan kat kawan2 aku, adik aku, abang aku,
kakak aku, pakcik aku dllllll....arghhh tensionnnn... Sapala yang suka
sangat buat kerja2 macam ni? Kalau dapat aku luku2 kepala tu sampai
terbelah dua ...baru padan muka
Lama gak aku pikir camna nak solve masalah tu...itu
yang lambat start menulis malam ni... last2 aku biar je dulu... tgk
camana keadaannya.
Okla...biar aku sambung cerita aku...
Walaupun bapak aku tu garang ngan aku, tapi aku tak
pernah nafikan yang dia sayang kat aku. Cuma aku rasa dia kekok untuk
tunjukkan kasih sayang nya tu. Sebabnya?? Mengikut cerita kakak aku,
yang katanya cerita tu dari mak aku, bapak aku time dia kecik2
dulu hidupnya sangat susah... Dia memang tak dapat kasih-sayang yang
cukup daripada datuk dan nenekku, sebab itulah dia macam kasar sikit
dengan anak2...
Datuk dan nenek sebelah bapakku bercerai waktu bapak
aku still kat Sekolah Melayu (sekolah rendah)...Selepas bercerai,
keluarga bapak ku berpecah dua, sebelah memihak kepada datukku dan
sebelah lagi memihak kepada nenekku... Maka mereka ni memang bergaduh
betul2... kira putus saudara la...memang time tu keadaan msykt melayu
kat kampung tu teruk...yela, zaman omputeh kira2 tahun 1940-an dulu...
Lepas bercerai, kedua2 datukku dan nenekku kahwin
lain... Dan anak2 yang memihak sebelah datukku tinggal dengan datukku
dan anak2 yang memihak sebelah nenekku tinggal dengan nenekku...dan
ditakdirkan bapak aku ni memihak sebelah nenek aku, yela sebab time
kecik2 mesti la rapat ngan mak kan... so bapak aku patutnya tinggal
dengan nenek aku. Tapi memandangkan nenek aku dah ada keluarga 'lain'
dan diorang pun hidup susah, akhirnya bapak aku diserahkan kat seorang
sedara nenek aku...
Yang jaga bapak aku ni kira lebih kurang pakcik dia
lah kiranya... yang sedihnya, pakcik tu sebenarnya seorang yang kurang
normal akalnya... lurus2 bendul sket...ataupun dalam ayat yang senang
boleh kata orang gila aaa... cuma gila dia tu taklah kacau/membahayakan
orang... Macamana tergamaknya diserahkan bapak aku kat orang kurang
siuman yang hidup sebatang kara tu aku tak tahu la...broken link...tapi
itulah sikit sebanyak latarbelakang hidup bapak aku yg justify kenapa
dia tak reti sangat tunjukkan kasih sayang dia kat anak-anak...Zaman
kanak-kanak nya memang susah...dia kena kerja untuk makan dan pergi
sekolah... tak ada mak, tak ada abang, tak ada kakak, yang ada cuma
seorang pakcik yang kurang siuman...
Aku pun tak tahu berapa lama bapak aku tinggal dengan
pakcik tu... Yang aku tahu lepas habis Sekolah melayu bapak aku mintak
jadi cikgu dan Alhamdulillah bapak aku kekal sebagai seorang guru
hinggalah dia bersara pada tahun 1991
Kesan daripada sejarah pahit bapak aku tu, kitorang
adik-beradik tak kenal datuk kami hinggalah selepas nenek meninggal...
Lepas tu bapak baru bawak kami jumpa datuk dan jumpa adik-beradiknya
yang lain... Itupun diorang tak semesra cam keluarga lain... Datuk aku
baru meninggal 3 tahun lepas, Alhamdulillah bapak aku sempat baik semula
dengan datukku sebelum datukku meninggal...
|