1.18 a.m.
Kepala aku dah makin bercelaru... aku try nak belajar betul2 tapi aku just takleh concentrate...kadang2 aku
rasa dah give-up nak belajar, tapi memandangkan harapan tinggi keluarga dan sponsor, aku tanamkan balik semangat nak belajar betul2... tapi nampaknya semangat tinggal semangat..ntahlah
Tengah dok pikir2 pasal study, tetiba terasa nak menaip plak...banyak sebenarnya yang aku nak tulis, biar ringan sikit kepala...so itula yang aku terpikir nak bukak site sendiri ni...nanti bolehla aku express semua yang aku rasa. Tak kisahla ada orang baca ke tak, yang penting aku dpt luahkan apa yang ada dalam kepala nih!
Malam ni patutnya aku kena siapkan lab report
hydraulics yang nak kena
hantar besok...tp skarang dah pukul 2 aku belum start pun lagi...
Entahlah, hidup aku sekarang memang kelam-kabut. Rasa
cam nak balik Malaysia jer... bestnya tengok orang2 Melayu, awek2 Melayu, takdela dok tengok muka2 mat saleh kat sini yang tah apa-apa tuh.
Okla, sebab ini 1st time aku menulis, biarle aku tulis panjang sket, kira mukaddimah utk site aku ni la...
Rasanya tak payahla aku bagitau nama aku, nanti korang siasat plak sapa aku... panjang lak citernya nanti.. Aku just citerkan latar belakang aku jer...
Sebenarnya skang ni aku dok di bumi omputeh... negara penjajah Tanah Melayu dulu. Aku datang sini di bawah tajaan sebuah konglomerat di Malaysia. Aku sampai sini bulan sept 2001, seminggu selepas tragedi 11/9 di US tu..
Sebelum ke UK, aku belajar di sebuah kolej swasta di Selangor, time tu pun dah dpt sponsor...best tau ada sponsor, takyah mintak duit ngan mak bapak...tapi biasanya diorang bagi jugak duit, so mewah ler hidup...
Sebelum tu plak, aku belajar kat sebuah sekolah asrama penuh di sebelah pantai timur, aku belajar kat sbp 2 tahun dr tingkatan 4 ke tingkatan 5, sebelum tu belajar kat sekolah biasa jer, sekolah aliran agama kat Kelantan.
Family aku besar, aku ada lebih dari 10 orang adik-beradik. Bapa aku dah tua dah, dalam lingkungan 68 tahun dan mak aku plak dah menjangkau 56 tahun...tapi sebab bapak aku kawin agak lambat, adik-adik aku masih kecik2 lagi...yang paling bongsu
baru darjah
3... (sebenarnya mak
aku sekarang ni isteri kedua bapak aku selapas isteri pertamanya meninggal)
aku plak dilahirkan pada tahun 1981...anak lelaki ketiga dalam family...sebab
family aku besar, aku memang tak pernah jadik 'special'...tak penah la dapat hadiah ke, dapat birthday party ke...
kekadang rasa cam tak best gak sebab kawan2 aku dapat mainan la, hadiah la, ada birthday
party la...aku plak
tak penah dapat barang mainan, kecik2 dulu main ngan kotak rokok jer... (membazir je bapak aku beli rokok, kalau simpan duit tu buat beli mainan kat aku kan bagus!!)
Tapi yang bestnya aku ni dikurniakan otak yang agak pintar... Alhamdulillah, dalam peperiksaan kat sekolah rendah aku mesti dapat top 3 dalam kelas. Kat sekolah menengah pun aku terus berjaya hinggalah aku ditawarkan belajar ke oversea nih...
|